Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah akan menganjurkan Sarawak Agrofest 2026 pada 25 September 2026 hingga 4 Oktober 2026 bertempat di Lapangan Terbang Lama, Bintulu. Sempena penganjuran Sarawak Agrofest 2026, Kementerian akan menyampaikan Anugerah Agropreneur Belia Sarawak 2026 sebagai penghargaan kepada belia usahawan tani yang cemerlang.
Anugerah Agropreneur Belia Sarawak 2026 akan dipilih dari kategori pertanian yang meliputi:
- Tanaman
- Penternakan
- Perikanan
- Industri Asas Tani
- Agro-Pelancongan
Di bawah program ini, agropreneur belia terbaik akan dipilih untuk memenangi hadiah berupa wang tunai, sijil penghargaan dan plak keseluruhan bernilai RM10,000.
KRITERIA UMUM PENCALONAN ANUGERAH AGROPRENEUR BELIA SARAWAK 2026 SEMPENA SARAWAK AGROFEST (SAF) 2026
- Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 - 30 tahun dan bermastautin di Sarawak.
- Calon mengusahakan projek pertanian (tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani, agro-pelancongan) tidak kurang daripada tiga tahun di Sarawak sahaja.
- Mempunyai SSM/Lesen Perniagaan atas nama sendiri.
- Calon telah membayar cukai pendapatan dan tiada tunggakan cukai.
- Mempunyai rekod penyata kewangan sekurang-kurangnya 12 bulan.
- Pemohon perlu mengemukakan rekod nilai jualan perniagaan bagi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun terkini (2022-2024) untuk tujuan penilaian prestasi dan perkembangan perniagaan. Rekod jualan ini hendaklah disahkan atau disokong dengan dokumen seperti penyata kewangan, invois jualan, atau pengesahan agensi yang berkaitan.
- Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan dokumen sokongan seperti penyata kewangan, sijil pendaftaran dan gambar aktiviti projek/ perusahaan.
Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diakses melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfCnfoelJYjRlnN5dCdVjNnjdbAez-BngRPebpmjgw7GADqdA/viewform
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak urusetia menerusi alamat emel: affandyl@sarawak.gov.my